Feb 14, 2011

When L.O.V.E only a word..

bila nak recall balik sejarah lama.. akan ada hati yang terluka dan akan ada sesuatu yang buat jiwa terasa.. senang untuk bicara tentang cinta tapi untuk merasainya... badan sahaja yang mampu menahan tanpa suara..tiada keluhan mahupun derita kerana kata orang cinta itu indah dan membahagiakan tanpa kita sedar bahana yang datang packaged sekali dengannya..iaitu DERITA... KECEWA.. apalah cinta tanpa dua benda nieh..bagaikan side dishes makanan korea.. xcukup enak kalau tak ada.. sedih mengenangkan bila cinta mulai hancur bagaikan daunan kekeringan di padang yang tandus..

Mahligai yang dibina atas dasar cinta hancur retak didalam mimpi yang hanya seketika... kadangkala bahagia mengahmpiri menyapa indah namun dibelakangnya tersembunyi kedukaan sepanjang hayat yang akan menemani kita selamanya..

bukan ingin bermadah mahupun menyatakan cinta itu hanyalah suatu yang sementara tapi sekadar berkongsi mengapa hati ini tidak terlalu menginginkan cinta...

Bila kita pernah terluka dalam cinta beribu kali akan datang perasaan yang menghambat kebahagian yang akhirnya mencambahkan benci dalam diri...

Pernah ada insan dalam dunianaku yang membenci cinta gara-gara dipermainkan dengan janji-janji manis sebuah ikatan yang suci... Pernah terpesang dengan menyukai sesama sendiri.. mendambakan cinta dari insan yang sejenis kerana kerap kali terluka dalam mengejar erti cinta sebenar...

Kadang2x aku sering tertanya..adakah penting itu cinta..tapi akhirnya satu ayat yang akan datang padaku... cinta hanya satu word yang menghancurkan dan membinasakan namun aku tetap mencari cinta...mencari cinta agar hati akan sentiasa bahagia walaupun dilanda badai sekalipun itulah asam garamnya... sekali kita putus cinta bukanlah bermakna kita akan gagal dalamnya buat selamanya kerana aku tahu Tuhan menjadikan manusia itu sesempurna kejadian jadi sesungguhnya Dia amat menyayangimu...

Aku cuma berharap yang cinta yang dianugerahkan padaku kali ini adalah yang akan menjadi kekal hingga ke akhir nafas ku didunia ini.. kerana hati ini dah tak sangguh menahan guris buat kali ini kerana sakitnya...sembilunya terlalu pedih... ^_^

1 comment:

  1. jiwo sopmola...acu bt cito lucu gak..
    bwu sdap ak nop bco...

    ReplyDelete

PitaPata Cat tickers